Deepavali Outreach Program

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Deepavali Outreach Program dianjurkan oleh Maxis melalui Unit Tanggungjawab Sosial (Corporat Social Responsibility) dengan kerjasama Pusat Internet PPR Intan Baiduri bersempena dengan sambutan Hari Deepavali yang akan disambut. Perlaksanaan program amal telah menjadi tradisi organisasi Maxis dan pada kali ini, PPR Intan Baiduri telah dipilih sebagai lokasi untuk program amal. Pelbagai program diadakan antaranya Bengkel Berniaga Secara Online/Digital, Bengkel Kanak-kanak (Google Internet Be Awesome), Sumbangan Makanan (Food Boxes) kepada keluarga kurang berkemampuan dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali